Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak (ECCE) ditawarkan pada dua peringkat iaitu Sijil (Tahap 3) dan Diploma (Tahap 4). Program Sijil memberi penekanan kepada asas teori dan kemahiran praktikal dalam pengurusan aktiviti pembelajaran kanak-kanak, keselamatan, pemakanan, serta komunikasi efektif dengan kanak- kanak dan komuniti.
Program Diploma pula memperluas pengetahuan dengan fokus penyeliaan dan kepimpinan, membolehkan graduan merancang, melaksanakan dan menyelia aktiviti pembelajaran, menyelia pendidik lain, serta memastikan kualiti persekitaran pendidikan dan kesejahteraan kanak-kanak sentiasa terpelihara.
Kedua-dua peringkat program menggabungkan teori dan praktikal, membentuk pendidik yang berpengetahuan, berkemahiran, profesional, dan mampu menyokong perkembangan holistik kanak- kanak serta pembangunan generasi masa depan yang berkualiti.
Menjadi program yang cemerlang dalam melahirkan pendidik berkualiti dan berakhlak mulia bagi menyokong perkembangan kanak-kanak dan generasi masa depan.
Menyediakan pendidikan berkualiti kepada pelajar dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.
Melahirkan pendidik yang berpengetahuan, berkemahiran dan berakhlak mulia.
Mengintegrasikan teori dan amali bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran.
Menggalakkan amalan pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan profesional.
Menjalin kerjasama dengan komuniti dan industri bagi memperkasa pendidikan awal kanak-kanak.
Memberi penekanan kepada asas teori, kemahiran praktikal, keselamatan, pemakanan serta komunikasi dalam pengendalian kanak-kanak.
Memberi fokus kepada aspek penyeliaan, kepimpinan, perancangan aktiviti pembelajaran dan penilaian kualiti bagi memastikan perkembangan serta kesejahteraan kanak-kanak sentiasa terpelihara.
Lawatan ke Balai Bomba dan Penyelamat memberi pendedahan kepada pelajar tentang aspek keselamatan, peranan anggota bomba serta nilai keberanian dan disiplin melalui pengalaman pembelajaran bersama komuniti.
Program Children’s Day anjuran Universal Kindergarten dengan kerjasama Kolej Ambitious memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan melalui aktiviti kreatif dan interaktif yang membantu perkembangan sosial, emosi dan kognitif kanak-kanak.
Program Taklimat CPR dan Balutan Luka memberi pendedahan kemahiran asas pertolongan cemas seperti CPR dan balutan luka bagi meningkatkan kesedaran keselamatan serta keupayaan membantu dalam situasi kecemasan.
Program Kursus Pengendalian Makanan memberi pendedahan kepada peserta tentang amalan pengendalian makanan yang selamat, bersih dan berkualiti bagi menjamin keselamatan serta kesihatan pengguna.
| Bil | Kluster Hasil Pembelajaran | Pernyataan PLO (Hasil Pembelajaran Program) |
|---|---|---|
| 1 | Pengetahuan dan Pemahaman | Mengaplikasikan pengetahuan asas dan prinsip perkembangan awal kanak-kanak, penjagaan rutin harian, kesihatan, pemakanan, serta nilai sosial mengikut standard pendidikan awal kanak-kanak. |
| 2 | Kemahiran Kognitif | Menggunakan kemahiran berfikir secara kritis untuk merancang, memantau, dan menilai program pendidikan, aktiviti perkembangan, serta penglibatan ibu bapa dan komuniti di pusat ECCD. |
| 3 | Kemahiran Praktikal | Melaksanakan prosedur penjagaan rutin harian, pertolongan cemas, penerapan nilai sosial, dan sokongan operasi pusat jagaan dengan cekap dan selaras dengan SOP yang ditetapkan. |
| 4 | Kemahiran Interpersonal | Menunjukkan komunikasi berkesan dan semangat kerja berpasukan dalam menyelia kakitangan, mengkoordinasi kebajikan, serta menjalin hubungan profesional dengan ibu bapa dan komuniti. |
| 5 | Etika dan Profesionalisme | Mempamerkan sikap profesional, etika kerja yang tinggi, dan tanggungjawab terhadap keselamatan, kebersihan, serta kebajikan kanak-kanak dalam persekitaran pusat jagaan awal kanak-kanak. |
| 6 | Kemahiran Pengurusan dan Penyeliaan | Menyelia penjagaan rutin harian, pelaksanaan program pembangunan, mentadbir operasi pusat ECCD, serta menyelaras kebajikan kakitangan dan kanak-kanak secara sistematik. |
| 7 | Kemahiran Projek dan Amalan Industri | Menyiapkan projek akhir berkaitan ECCD serta mengaplikasikan kemahiran Tahap 3 dan Tahap 4 semasa latihan industri berpandukan amalan sebenar pusat jagaan. |
| Tahap | Komponen Pembelajaran |
|---|---|
| SKM Tahap 3 | Core Abilities Tahap 3, TIVET Modules Tahap 3, Unit Kompetensi Teras Tahap 3 (Penjagaan Rutin Harian Awal Kanak-Kanak, Pendidikan dan Perkembangan Awal Kanak-Kanak, Penerapan Nilai Sosial dan Tingkah Laku Awal Kanak-Kanak, Sokongan Operasi Pusat Jagaan Awal Kanak-Kanak, Pengendalian Pertolongan Cemas) |
| SKM Tahap 4 | Core Abilities Tahap 4, TIVET Modules Tahap 4, Unit Kompetensi Teras Tahap 4 (Pemantauan dan Kawalan Kesihatan & Pemakanan ECCD, Perancangan & Pelaksanaan Program Ibu Bapa dan Komuniti ECCD, Pentadbiran Operasi Pusat ECCD, Perancangan & Penyeliaan Penjagaan Rutin ECCD, Penyeliaan Pelaksanaan Program Pembangunan ECCD, Penyeliaan Kakitangan & Koordinasi Kebajikan ECCD, Projek Akhir) |
| Latihan Industri | Latihan industri selama 4 bulan. Pendedahan industri dan latihan praktikal di tempat kerja sebenar pusat jagaan awal kanak-kanak. Penilaian melalui perbentangan projek akhir, semakan portfolio Tahap 3 & 4, serta ujian teori dan amali Tahap 3 & 4. |
Pendidik awal kanak-kanak
Penjaga taska
Penyelia pusat pendidikan awal kanak-kanak
Usahawan TASKA / TADIKA