Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang kulinari yang ditawarkan di Kolej Ambitious merupakan laluan latihan kemahiran yang komprehensif bagi melahirkan tenaga kerja mahir dalam industri makanan dan hospitaliti. Program ini menggabungkan SKM Tahap 2: Penyediaan & Penghasilan Makanan dan SKM Tahap 3: Operasi Seni Kulinari, yang direka untuk membangunkan kemahiran pelajar secara berperingkat daripada asas sehingga ke tahap lanjutan.
Melalui pendekatan pembelajaran berasaskan latihan praktikal (hands-on) dan pendedahan kepada situasi industri sebenar, pelajar akan dibentuk menjadi individu yang kompeten, berdisiplin dan bersedia untuk memenuhi keperluan pasaran kerja.
Graduan program ini berpeluang untuk menceburi pelbagai kerjaya dalam industri kulinari seperti pembantu dapur, Commis Chef, Demi Chef, serta berpotensi untuk berkembang sebagai usahawan dalam bidang makanan.
Program ini mencerminkan komitmen Kolej Ambitious dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang mampu menyumbang kepada pembangunan industri kulinari di Malaysia dan peringkat antarabangsa.
Menjadi program latihan kulinari terunggul yang melahirkan tenaga mahir berdaya saing, kreatif dan memenuhi keperluan industri kulinari moden.
| Bil | Kluster Hasil Pembelajaran | Pernyataan PLO (Hasil Pembelajaran Program) |
|---|---|---|
| 1 | Pengetahuan dan Pemahaman | Mengaplikasikan pengetahuan asas dan prinsip kulinari termasuk sanitasi makanan, nutrisi, dan teknik memasak mengikut standard industri. |
| 2 | Kemahiran Kognitif | Menggunakan kemahiran berfikir secara kritikal untuk menyelesaikan masalah operasi di dapur dan membuat keputusan yang tepat dalam situasi kerja yang dinamik. |
| 3 | Kemahiran Praktikal | Melaksanakan kemahiran teknikal penyediaan makanan (mis-en-place, memasak, dan menghidang) dengan cekap menggunakan peralatan profesional mengikut SOP yang ditetapkan. |
| 4 | Kemahiran Interpersonal | Menunjukkan komunikasi yang berkesan dan semangat kerja berpasukan bagi memastikan kelancaran operasi di bahagian dapur (Kitchen Brigade). |
| 5 | Etika dan Profesionalisme | Mempamerkan sikap profesional, etika kerja yang tinggi, dan tanggungjawab terhadap keselamatan serta kebersihan dalam persekitaran kerja kulinari. |
| Tahap | Komponen Pembelajaran |
|---|---|
| SKM Tahap 2 | Unit Core Abilities Tahap 1 dan Tahap 2, Module Penyedia TVET Tahap 2, Unit Kompetensi Tahap 2 |
| SKM Tahap 3 | Unit Core Abilities Tahap 3, Module Penyedia TVET Tahap 3, Unit Kompetensi Tahap 3 |
| Latihan Industri | Pendedahan industri dan latihan praktikal di tempat kerja sebenar |
Warganegara Malaysia
15 tahun ke atas
Boleh membaca, mengira dan menulis
Sihat tubuh badan