Kolej Ambitious

EECE Flyer kolej ambitious 01 scaled e1779935312526

Pengenalan Program

Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak (ECCE) ditawarkan pada dua peringkat iaitu Sijil (Tahap 3) dan Diploma (Tahap 4). Program Sijil memberi penekanan kepada asas teori dan kemahiran praktikal dalam pengurusan aktiviti pembelajaran kanak-kanak, keselamatan, pemakanan, serta komunikasi efektif dengan kanak- kanak dan komuniti.

Program Diploma pula memperluas pengetahuan dengan fokus penyeliaan dan kepimpinan, membolehkan graduan merancang, melaksanakan dan menyelia aktiviti pembelajaran, menyelia pendidik lain, serta memastikan kualiti persekitaran pendidikan dan kesejahteraan kanak-kanak sentiasa terpelihara.

Kedua-dua peringkat program menggabungkan teori dan praktikal, membentuk pendidik yang berpengetahuan, berkemahiran, profesional, dan mampu menyokong perkembangan holistik kanak- kanak serta pembangunan generasi masa depan yang berkualiti.

Objektif Program

  • Melahirkan pendidik yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.
  • Membina kemahiran merancang aktiviti pembelajaran yang kreatif dan menyeronokkan.
  • Memupuk sikap penyayang, sabar dan profesional dalam mendidik kanak-kanak.
  • Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif.
  • Menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara melalui pembentukan generasi muda yang seimbang dan berpotensi.

Visi

Menjadi program yang cemerlang dalam melahirkan pendidik berkualiti dan berakhlak mulia bagi menyokong perkembangan kanak-kanak dan generasi masa depan.

Misi

  • Menyediakan pendidikan berkualiti kepada pelajar dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

  • Melahirkan pendidik yang berpengetahuan, berkemahiran dan berakhlak mulia.

  • Mengintegrasikan teori dan amali bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran.

  • Menggalakkan amalan pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan profesional.

  • Menjalin kerjasama dengan komuniti dan industri bagi memperkasa pendidikan awal kanak-kanak.

Sijil (Tahap 3)

Memberi penekanan kepada asas teori, kemahiran praktikal, keselamatan, pemakanan serta komunikasi dalam pengendalian kanak-kanak.

Diploma (Tahap 4)

Memberi fokus kepada aspek penyeliaan, kepimpinan, perancangan aktiviti pembelajaran dan penilaian kualiti bagi memastikan perkembangan serta kesejahteraan kanak-kanak sentiasa terpelihara.

Sorotan Program

fire

COMMUNITY HEROES: LEARNING FIRE SAFETY WITH THE PROFESSIONAL

Lawatan ke Balai Bomba dan Penyelamat memberi pendedahan kepada pelajar tentang aspek keselamatan, peranan anggota bomba serta nilai keberanian dan disiplin melalui pengalaman pembelajaran bersama komuniti.

children day

CHILDREN'S DAY UNIVERSAL KINDERGARTEN X KOLEJ AMBITIOUS

Program Children’s Day anjuran Universal Kindergarten dengan kerjasama Kolej Ambitious memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan melalui aktiviti kreatif dan interaktif yang membantu perkembangan sosial, emosi dan kognitif kanak-kanak.

cpr

PROGRAM TAKLIMAT CPR DAN BALUTAN LUKA

Program Taklimat CPR dan Balutan Luka memberi pendedahan kemahiran asas pertolongan cemas seperti CPR dan balutan luka bagi meningkatkan kesedaran keselamatan serta keupayaan membantu dalam situasi kecemasan.

pengendalian makanan 1

KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN

Program Kursus Pengendalian Makanan memberi pendedahan kepada peserta tentang amalan pengendalian makanan yang selamat, bersih dan berkualiti bagi menjamin keselamatan serta kesihatan pengguna.

Hasil Pembelajaran Program (PLO)

BilKluster Hasil PembelajaranPernyataan PLO (Hasil Pembelajaran Program)
1Pengetahuan dan PemahamanMengaplikasikan pengetahuan asas dan prinsip perkembangan awal kanak-kanak, penjagaan rutin harian, kesihatan, pemakanan, serta nilai sosial mengikut standard pendidikan awal kanak-kanak.
2Kemahiran KognitifMenggunakan kemahiran berfikir secara kritis untuk merancang, memantau, dan menilai program pendidikan, aktiviti perkembangan, serta penglibatan ibu bapa dan komuniti di pusat ECCD.
3Kemahiran PraktikalMelaksanakan prosedur penjagaan rutin harian, pertolongan cemas, penerapan nilai sosial, dan sokongan operasi pusat jagaan dengan cekap dan selaras dengan SOP yang ditetapkan.
4Kemahiran InterpersonalMenunjukkan komunikasi berkesan dan semangat kerja berpasukan dalam menyelia kakitangan, mengkoordinasi kebajikan, serta menjalin hubungan profesional dengan ibu bapa dan komuniti.
5Etika dan ProfesionalismeMempamerkan sikap profesional, etika kerja yang tinggi, dan tanggungjawab terhadap keselamatan, kebersihan, serta kebajikan kanak-kanak dalam persekitaran pusat jagaan awal kanak-kanak.
6Kemahiran Pengurusan dan PenyeliaanMenyelia penjagaan rutin harian, pelaksanaan program pembangunan, mentadbir operasi pusat ECCD, serta menyelaras kebajikan kakitangan dan kanak-kanak secara sistematik.
7Kemahiran Projek dan Amalan IndustriMenyiapkan projek akhir berkaitan ECCD serta mengaplikasikan kemahiran Tahap 3 dan Tahap 4 semasa latihan industri berpandukan amalan sebenar pusat jagaan.

Pelan Pengajian Program

TahapKomponen Pembelajaran
SKM Tahap 3Core Abilities Tahap 3, TIVET Modules Tahap 3, Unit Kompetensi Teras Tahap 3 (Penjagaan Rutin Harian Awal Kanak-Kanak, Pendidikan dan Perkembangan Awal Kanak-Kanak, Penerapan Nilai Sosial dan Tingkah Laku Awal Kanak-Kanak, Sokongan Operasi Pusat Jagaan Awal Kanak-Kanak, Pengendalian Pertolongan Cemas)
SKM Tahap 4Core Abilities Tahap 4, TIVET Modules Tahap 4, Unit Kompetensi Teras Tahap 4 (Pemantauan dan Kawalan Kesihatan & Pemakanan ECCD, Perancangan & Pelaksanaan Program Ibu Bapa dan Komuniti ECCD, Pentadbiran Operasi Pusat ECCD, Perancangan & Penyeliaan Penjagaan Rutin ECCD, Penyeliaan Pelaksanaan Program Pembangunan ECCD, Penyeliaan Kakitangan & Koordinasi Kebajikan ECCD, Projek Akhir)
Latihan IndustriLatihan industri selama 4 bulan. Pendedahan industri dan latihan praktikal di tempat kerja sebenar pusat jagaan awal kanak-kanak. Penilaian melalui perbentangan projek akhir, semakan portfolio Tahap 3 & 4, serta ujian teori dan amali Tahap 3 & 4.

 

Laluan Kerjaya

  • Pendidik awal kanak-kanak

  • Penjaga taska

  • Penyelia pusat pendidikan awal kanak-kanak

  • Usahawan TASKA / TADIKA

Hubungi Kami Sekarang