Kolej Ambitious

CA Flyer kolej ambitious 01 scaled e1779935003780

Pengenalan Program

Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang kulinari yang ditawarkan di Kolej Ambitious merupakan laluan latihan kemahiran yang komprehensif bagi melahirkan tenaga kerja mahir dalam industri makanan dan hospitaliti. Program ini menggabungkan SKM Tahap 2: Penyediaan & Penghasilan Makanan dan SKM Tahap 3: Operasi Seni Kulinari, yang direka untuk membangunkan kemahiran pelajar secara berperingkat daripada asas sehingga ke tahap lanjutan.

Melalui pendekatan pembelajaran berasaskan latihan praktikal (hands-on) dan pendedahan kepada situasi industri sebenar, pelajar akan dibentuk menjadi individu yang kompeten, berdisiplin dan bersedia untuk memenuhi keperluan pasaran kerja.

Graduan program ini berpeluang untuk menceburi pelbagai kerjaya dalam industri kulinari seperti pembantu dapur, Commis Chef, Demi Chef, serta berpotensi untuk berkembang sebagai usahawan dalam bidang makanan.

Program ini mencerminkan komitmen Kolej Ambitious dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang mampu menyumbang kepada pembangunan industri kulinari di Malaysia dan peringkat antarabangsa.

Objektif Program

  • Melahirkan chef mahir & profesional yang bersedia menembusi industri kulinari.
  • Mengasah kemahiran praktikal dalam operasi dapur, keselamatan makanan, dan pengurusan hidangan.
  • Mendorong kreativiti & inovasi dalam setiap penyediaan dan persembahan makanan.
  • Memupuk disiplin & etika kerja tinggi, termasuk kerjasama pasukan dan kebersihan dapur.
  • Memberi pendedahan industri sebenar, melalui latihan praktikal dan kerjasama strategik.
  • Meningkatkan daya saing pelajar untuk peluang pekerjaan tempatan dan antarabangsa.

Visi

Menjadi program latihan kulinari terunggul yang melahirkan tenaga mahir berdaya saing, kreatif dan memenuhi keperluan industri kulinari moden.

Misi

  • Menyediakan latihan kemahiran kulinari berasaskan standard industri dan amalan dapur profesional.
  • Mengembangkan kemahiran operasi dapur, keselamatan makanan dan etika kerja yang tinggi.
  • Menerapkan kreativiti, inovasi dan pemikiran kritis dalam penyediaan makanan.
  • Memupuk pelajar yang berdisiplin, berintegriti dan mampu bekerja dalam pelbagai persekitaran industri.
  • Menjalinkan kerjasama strategik dengan pihak industri bagi meningkatkan peluang latihan dan pekerjaan.
  • Menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif, selamat dan selari dengan perkembangan teknologi kulinari semasa.
  •  

Hasil Pembelajaran Program (PLO)

BilKluster Hasil PembelajaranPernyataan PLO (Hasil Pembelajaran Program)
1Pengetahuan dan PemahamanMengaplikasikan pengetahuan asas dan prinsip kulinari termasuk sanitasi makanan, nutrisi, dan teknik memasak mengikut standard industri.
2Kemahiran KognitifMenggunakan kemahiran berfikir secara kritikal untuk menyelesaikan masalah operasi di dapur dan membuat keputusan yang tepat dalam situasi kerja yang dinamik.
3Kemahiran PraktikalMelaksanakan kemahiran teknikal penyediaan makanan (mis-en-place, memasak, dan menghidang) dengan cekap menggunakan peralatan profesional mengikut SOP yang ditetapkan.
4Kemahiran InterpersonalMenunjukkan komunikasi yang berkesan dan semangat kerja berpasukan bagi memastikan kelancaran operasi di bahagian dapur (Kitchen Brigade).
5Etika dan ProfesionalismeMempamerkan sikap profesional, etika kerja yang tinggi, dan tanggungjawab terhadap keselamatan serta kebersihan dalam persekitaran kerja kulinari.

Pelan Pengajian Program

TahapKomponen Pembelajaran
SKM Tahap 2Unit Core Abilities Tahap 1 dan Tahap 2, Module Penyedia TVET Tahap 2, Unit Kompetensi Tahap 2
SKM Tahap 3

Unit Core Abilities Tahap 3, Module Penyedia TVET Tahap 3, Unit Kompetensi Tahap 3

Latihan IndustriPendedahan industri dan latihan praktikal di tempat kerja sebenar

Kelayakan Kemasukan

    • Warganegara Malaysia

    • 15 tahun ke atas

    • Boleh membaca, mengira dan menulis

    • Sihat tubuh badan

Laluan Kerjaya

Pendidikan

education path

Industri Pendidikan TVET

Education career path

Industri Perhotelan

Chef career path

Hubungi Kami Sekarang